Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta
Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan
berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya
(arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah
solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata
“ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk
melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg
bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang
ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat
dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya
melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia
berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa
yang menggantungnya?.
Para astronot
telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara
rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian
website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik
penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata
radiasi tersebut berpusat di kota
Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut
bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil
foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para penyelidik
Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan
antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta
mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu
cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas
peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua
terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar
garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis
lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan
berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak
yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum
dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu
lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu
adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan
keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos
1978).
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada
tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut
mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu
diciptakan.
Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah
bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang,
bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini
terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang
berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi.
Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim
sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran
dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk
Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota
lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi
kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu,
kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari
keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain,
sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi
Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Makkah atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa
Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian
dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini
bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan
waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad
yang lalu.
Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan
bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci
tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia
ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu
Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu
solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih Telah Membaca Artikel di :
Blog Penguintanah - Biar Mainstream yang Penting Tetap Menarik.
Silahkan Berkomentar yang Relevan Tanpa Menyinggung Suku, Agama, Budaya atau Ras Tertentu.